Tuesday, June 29, 2010

Kahwin Musim Bola







Masa cuti sekolah hari tu, banyaklah diadakan majlis kenduri kahwin. Maka tak putus-putuslah undangan perkahwinan. Ada kalanya sampai tak larat nak makan.

Yang seronoknya masa malam berinai. Dalam masa yang sama perlawanan bola sepak piala dunia sedang rancak berlangsung. Kelakar juga melihat telatah ahli keluarga yang terpaksa mengusung dulang tetapi dalam masa yang sama mata tak lepas dari memandang skrin televisyen.

Bagi mereka yang mengadakan kenduri musim demam bola ni, sampai masanya nanti boleh la namakan anak dengan nama bintang-bintang bola sepak yang terkenal kali ni. Tapi jangan pula bagi nama anak untuk pasukan yang kalah. Manalah tau anak asyik menangis je nanti sebab dah kalah, ye tak? Hehehe....

Thursday, June 3, 2010

CUTI VS KAHWIN

Selamat bercuti kepada rakan-rakan yang bergelar guru.

Bila sebut bab cuti ni, apa lagi, yang paling seronok tentunya budak-budak. Masa inilah seolah-olah saat kemerdekaan bagi mereka semua. Terlepas
dari rutin harian berulang-alik ke sekolah.

Namun sebahagian
daripada mereka pastinya ada yang turut berasa resah. Apa tidaknya, ada sesetengah daripada kalangan mereka akan dikhatankan. Maka, pucat lesilah gigi...

Dalam pada itu masa cuti sekolah ni yang paling tak senang duduk ialah
ibu bapa. Maklumlah, sebahagian besar masa anak-anak adalah di rumah. Pastinya waktu-waktu sebegini ibu bapa akan mengeluarkan berbagai-bagai jenis suara bagi mengawal dan
mententeramkan anak-anak.

Sebahagian ibu bapa pula sibuk membuat persiapan hari bahagia
anak-anak mereka. Maka rumahpun ibarat 'tongkah pecah' dengan segala bentuk persiapan demi menghasilkan yang terbaik sewaktu majlis itu berlangsung.

Kepada insan-insan yang bakal melangsungkan perkahwinan, selamat melangkah ke jenjang pelamin. Jenjang pelamin ye... bukan jinjang (membawa maksud hantu menurut kamus dewan). Semoga berbahagia selamanya....

Monday, May 3, 2010

Cantiknya Pelangi...







Dah lama kan kita tak tengok pelangi. Orang-orang tua dulu marah benar pada kita kalau kita tunjuk pelangi dengan jari. Nanti kudung. Itulah mitos dahulu kala yang mengaitkan pelangi dengan kuasa sakti, harta karun dan macam-macam lagi.

Malangnya dalam iklim dunia yang berhadapan dengan pemanasan global sekarang ni, pelangi sudah jarang dapat kita lihat. Kalau dahulu, setiap kali selepas hujan pasti kita melangut ke langit menyaksikan keindahan pelangi di samping mensyukuri betapa besarnya keagungan tuhan. Tapi kini, anak-anak kecil dapat melihat pelangi dalam televisyen ataupun sewaktu ujikaji sains di sekolah sahaja.

Oleh sebab itu, baru-baru ini aku tak melepaskan kesempatan untuk merakamkan keindahan pelangi yang terjadi selepas hujan pada pagi Jumaat, 30 April yang lalu. Kebetulan pula pelangi itu dapat dilihat dengan jelasnya dari tempat aku bertugas. Besar dan panjang pelangi kali ini. Dan kalau diamati, pelangi ini ada dua lapisan.

Oleh kerana terlalu besar, tak dapat nak capture dengan lensa 18-70 mm aku. maka terpaksalah aku capture part by part. Kalau macam ni kena sambar fish eye atau wide angle la sebiji. Huhu.....

Wednesday, March 3, 2010

CINTA ANTARA BENUA





















Benarlah kata pepatah, jodoh tak ke mana.....

Baru-baru ini aku berpeluang membuat liputan majlis perkahwinan antara wanita Malaysia dengan lelaki Tunisia. Sebenarnya pihak perempuan minta aku untuk buat penggambaran video. Dalam masa yang sama aku juga bidik shutter kamera aku untuk aku jadikan slide show dalam video itu nanti.

Majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Manjalara, Kuala Lumpur. Dengan sekali lafaz, sahlah lelaki Tunisia itu menjadi suami kepada wanita Malaysia ini. Walaupun sebenarnya lelaki Tunisia ni langsung tak tahu berbahasa melayu.

Hantaran berjumlah RM 22,222.22 menjadi saksi kuatnya ikatan cinta kedua pasangan ini. Kepada pasangan Fauziah dan Fouzi, selepas ni pandai-pandailah berkomunikasi ye..... Semoga berbahagia selamanya....

Monday, February 22, 2010

FLORA DAN FAUNA





Indahnya alam ciptaan tuhan. Bersyukurlah kita selain adanya manusia, flora dan fauna juga turut melengkapi kehidupan kita ini.

Terserahlah kepada kita sama ada mahu mensyukuri nikmatNya ataupun terus alpa......

Thursday, January 7, 2010

SESI PERSEKOLAHAN BERMULA





Akhirnya tahun 2010 muncul jua. Biasalah pada awal-awal tahun sebegini ibu bapalah yang paling sibuk 'berperang' dengan karenah anak-anak yang baharu nak memasuki sesi persekolahan. Yang baharu nak memasuki Tahun Satu lebih hebat lagi dengan pelbagai gelagat dan aksi. Semuanya menuntut kesabaran yang tinggi daripada kalangan ibu bapa.

Maka, pelbagai ragam dan aksi boleh kita lihat terpancar pada wajah anak-anak kecil ini. Ada yang takut, keliru, lesu, semuanya menjadi rencah yang mewarnai alam persekolahan.

Tentunya saat-saat sebegini aku terkenangkan bapaku yang menghantar aku ke sekolah dengan basikal tuanya. Dengan sabar dan tabahnya menunggu aku separuh hari di sekolah, menjaga dan mencuci pakaianku dengan sedikitpun luahan rasa penat tidak pernah terbit dari bibirnya. Namun bapaku kini sudah tiada.......

Gambar-gambar yang aku rakam ini merupakan taklimat program transisi Tahun Satu yang dijalankan di sebuah sekolah. Jelas kasih sayang ibu bapa tidak terbanding nilainya.....

MUSIM BERTUNANG DAN BERNIKAH


Salam. Lama dah rasanya aku tak update blog ni. Sebenarnya tak ada cerita nak aku sajikan. Lebih-lebih lagi kepenatan dan kekurangan masa senggang yang membuatkan aku tak ada kesempatan nak bela blog ni.

Apapun baru-baru ni aku berkesempatan memenuhi undangan untuk still photo bagi satu majlis pertunangan. Inilah satu-satunya job yang aku terima sepanjang cuti sekolah bulan Disember yang lalu. Selebihnya terpaksa aku tolak memandangkan aku sendiri tidak berada dalam kawasan.

Majlis yang boleh aku katakan sejuk dan hangat. Sejuk sebab hujan turun mencurah-curah sebaik sahaja rombongan lelaki sampai. Hinggakan mak cik-mak cik yang membawa dulang hantaran terpaksa menyinsing kain hingga ke paras paha. Hangat sebab aku terpaksa bertarung dengan ruang yang terhad untuk melengkapkan shoot bagi 15 dulang hantaran berbalas 17.

Untuk adik Syafa dan tunangnya Syah, abang doakan semoga anda berdua kekal bahagia sampai ke akhir hayat.