Thursday, January 7, 2010

SESI PERSEKOLAHAN BERMULA





Akhirnya tahun 2010 muncul jua. Biasalah pada awal-awal tahun sebegini ibu bapalah yang paling sibuk 'berperang' dengan karenah anak-anak yang baharu nak memasuki sesi persekolahan. Yang baharu nak memasuki Tahun Satu lebih hebat lagi dengan pelbagai gelagat dan aksi. Semuanya menuntut kesabaran yang tinggi daripada kalangan ibu bapa.

Maka, pelbagai ragam dan aksi boleh kita lihat terpancar pada wajah anak-anak kecil ini. Ada yang takut, keliru, lesu, semuanya menjadi rencah yang mewarnai alam persekolahan.

Tentunya saat-saat sebegini aku terkenangkan bapaku yang menghantar aku ke sekolah dengan basikal tuanya. Dengan sabar dan tabahnya menunggu aku separuh hari di sekolah, menjaga dan mencuci pakaianku dengan sedikitpun luahan rasa penat tidak pernah terbit dari bibirnya. Namun bapaku kini sudah tiada.......

Gambar-gambar yang aku rakam ini merupakan taklimat program transisi Tahun Satu yang dijalankan di sebuah sekolah. Jelas kasih sayang ibu bapa tidak terbanding nilainya.....

MUSIM BERTUNANG DAN BERNIKAH


Salam. Lama dah rasanya aku tak update blog ni. Sebenarnya tak ada cerita nak aku sajikan. Lebih-lebih lagi kepenatan dan kekurangan masa senggang yang membuatkan aku tak ada kesempatan nak bela blog ni.

Apapun baru-baru ni aku berkesempatan memenuhi undangan untuk still photo bagi satu majlis pertunangan. Inilah satu-satunya job yang aku terima sepanjang cuti sekolah bulan Disember yang lalu. Selebihnya terpaksa aku tolak memandangkan aku sendiri tidak berada dalam kawasan.

Majlis yang boleh aku katakan sejuk dan hangat. Sejuk sebab hujan turun mencurah-curah sebaik sahaja rombongan lelaki sampai. Hinggakan mak cik-mak cik yang membawa dulang hantaran terpaksa menyinsing kain hingga ke paras paha. Hangat sebab aku terpaksa bertarung dengan ruang yang terhad untuk melengkapkan shoot bagi 15 dulang hantaran berbalas 17.

Untuk adik Syafa dan tunangnya Syah, abang doakan semoga anda berdua kekal bahagia sampai ke akhir hayat.