Tuesday, April 21, 2009

KITA RASAI SEGALANYA











Pengalaman kami ni bukan setakat mengambil gambar rasmi dan perkahwinan sahaja, tapi juga melibatkan majlis-majlis lain. Bukannya tamak beb, cuba kadangkala apa salahnya kita mencuba dan menambah pengalaman dalam bidang yang baharu. Pengalaman yang berbeza berbanding dengan pengalaman sedia ada.
Sesekali seronok juga melayan gambar budak-budak sekolah. Faham-faham sajalah. Mereka ni memang tak makan saman. Orang suruh berdiri diam-diam, dia berdiri goyang-goyang. Lepas tu siap usik kawan-kawan lagi. Semua tu mengajar kita mengawal rasa amarah dan cuba mententeramkan diri. Kena sabar beb, kalau tak... tak masyuukkk.
Apapun setiap acara ada protokolnya sendiri. Kitalah yang kena sesuaikan diri dengan majlis. Daripada gambar bertunang, hinggalah gambar reunion, semuanya menjanjikan cabaran yang berbeza. Tepuk dada, bidiklah kamera....

Sunday, April 12, 2009

Seni Sukan







Bunyinya cam pelik je. Tapi itulah hakikat bagi seorang jurufoto. Sukan juga mempunyai seninya yang tersendiri.

Mula-mula akupun tak faham, namun setelah lama dalam bidang fotografi ni aku telah mula belajar. Bukan senang nak ambil gambar sukan ni beb. Kalau pengantin tu bolehlah kita suruh posing siap-siap, jangan kelip mata, pastu barulah kita bidik punat kamera tu.

Dalam sukan, sorilah. Kita yang terpaksa ikut dan kejar pergerakan atlet. Terlambat, maknanya kita tak akan dapat shoot menarik. Iyalah, takkan nak suruh orang tu lari semula. Ataupun buat sekali lagi. Kitalah yang kena pandai cari angle. Dan yang penting ketepatan membidik shutter pada saat yang betul-betul sesuai.

Barulah betul-betul berpeluh di padang......





Friday, April 10, 2009

Berbagai Bangsa, Berbilang Budaya







Aku dengan team aku sebenar bukan setakat ambil gambar perkahwinan melayu je, bangsa lain pun kami berkhidmat juga. Best apa... Kamilah raja di tengah arena. Siapa berani tegur kami? Kalau jadi tetamu, belum tentu dapat duduk depan dengan pengantin. Kami ni, siap masuk bilik pengantin lagi, hehe... Aapa sahaja acara, aku mesti didahulukan. Kalau tak tak ada gambar nanti. Waktu tu, apa aku cakap, pengantin ikut sahaja. Siapa sebenarnya yang jadi raja.....?



Selamat Pengantin Baharu

Syukur... Banyak juga permintaan untuk team kami. Sebenarnya pasal bayaran kami tak caj mahal-mahal pun. Ikut kemampuan pasangan pengantin. Tujuan sebenar hanya sekadar suka-suka. Memandangkan kami pun sebenarnya ada pekerjaan lain.
Seronok pergi kenduri kat tempat orang ni. Selain dapat makan free, macam-macam perangai manusia kita boleh tengok.
Biasalah, jadi jurufoto dan juruvideo ni memang banyak dugaannya. Kenalah banyak-banyak bersabar. Karenah manusia ni kan tak sama. Ada yang nak gambar begitulah... beginilah. Tapi bila bab nak bayar, mau minum air kosong je kami ni.
Apapun itu semua tak mematahkan semangat kami. Seronok kerja dalam team ni. Bila selesai majlis, sembang kat kedai mamak... macam-macam cerita terkeluar.
Apapun kepada pasangan yang pernah melanggan perkhidmatan kami, kami ucapkan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat.....



Terima Kasih Sahabat

Aku dedikasikan juga ucapan terima kasih aku untuk kawan-kawan aku yang sanggup bersusah-payah dengan aku. Sanggup berhujan dan berpanas semata-mata untuk tidak menghampakan klien yang telah membayar perkhidmatan kami.

Selain mereka dua orang ni, ada lagi beberapa orang kawan aku yang turut sama dalam team ni. Nantilah, sekiranya ada masa, aku upload gambar mereka pulak.

Dalam keluarga aku, abang aku serta dua orang anak buah aku turut sama terjun dalam dunia fotografi ni. Kami sentiasa bersaing untuk memantapkan lagi skill yang ada. Dalam masa yang sama kami sentiasa berhubung bagi menjalinkan kerjasama dan kadangkala bertukar-tukar ilmu dan penemuan baru.

Buat masa ini, kami percaya pada jenama Nikon. D40, D60, D80 dah kami miliki. Baru-baru ni kami cuba pula jenama Sony. Ok juga tindak balasnya, namun tidak sepantas Nikon. Mungkin aku kena membiasakan diri dengan jenama yang satu ni.

Selain fotografi kami buat juga suntingan video. Untuk itu kami gunakan HDV Sony dan JVC. Memang best. Tapi kenalah ada editing software yang boleh support format DVD. Kalau tak, hasil videonya tak cantik.

Jika Diizinkan Tuhan




Salam untuk semua. Sorilah, aku sebenarnya dah lama setup blog ni, tapi tak ada masa nak update. Jika diizinkan tuhan aku nak update selalu. Aku bukan pandai mengarang sangat pun.... Sekadar nak berkongsi cerita tu bolehlah agaknya sikit-sikit.
Kehidupan aku macam orang biasa juga. Cuma kadangkala tak cukup nafas disebabkan banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Minat aku sebagai jurufoto bermula sejak kecil lagi. Aku dedikasikan ucapan terima kasih untuk abang aku yang aku sayang. Aku mula kenal kamera, belek-belek kamera dengan keizinan abang aku yang seorang inilah. Hidup kami amat rapat. Aku banyak berguru dengan dia, selain menimba ilmu melalui saluran-saluran lain.
Yang kat atas tu adalah gambar anak kecil aku. Baru dua tahun. Dah pandai posing dah. Agaknya sebab selalu sangat tengok bapaknya ambil gambar orang lain. Anak aku inilah yang selalu jadi mangsa bidikan kamera aku. Masa dia sporting okaylah. Dapat juga shoot-shoot yang menarik, tapi masa mengamuk, satu gambar pun tak menjadi.