Thursday, January 7, 2010

SESI PERSEKOLAHAN BERMULA





Akhirnya tahun 2010 muncul jua. Biasalah pada awal-awal tahun sebegini ibu bapalah yang paling sibuk 'berperang' dengan karenah anak-anak yang baharu nak memasuki sesi persekolahan. Yang baharu nak memasuki Tahun Satu lebih hebat lagi dengan pelbagai gelagat dan aksi. Semuanya menuntut kesabaran yang tinggi daripada kalangan ibu bapa.

Maka, pelbagai ragam dan aksi boleh kita lihat terpancar pada wajah anak-anak kecil ini. Ada yang takut, keliru, lesu, semuanya menjadi rencah yang mewarnai alam persekolahan.

Tentunya saat-saat sebegini aku terkenangkan bapaku yang menghantar aku ke sekolah dengan basikal tuanya. Dengan sabar dan tabahnya menunggu aku separuh hari di sekolah, menjaga dan mencuci pakaianku dengan sedikitpun luahan rasa penat tidak pernah terbit dari bibirnya. Namun bapaku kini sudah tiada.......

Gambar-gambar yang aku rakam ini merupakan taklimat program transisi Tahun Satu yang dijalankan di sebuah sekolah. Jelas kasih sayang ibu bapa tidak terbanding nilainya.....

No comments:

Post a Comment