Monday, February 22, 2010

FLORA DAN FAUNA





Indahnya alam ciptaan tuhan. Bersyukurlah kita selain adanya manusia, flora dan fauna juga turut melengkapi kehidupan kita ini.

Terserahlah kepada kita sama ada mahu mensyukuri nikmatNya ataupun terus alpa......

Thursday, January 7, 2010

SESI PERSEKOLAHAN BERMULA





Akhirnya tahun 2010 muncul jua. Biasalah pada awal-awal tahun sebegini ibu bapalah yang paling sibuk 'berperang' dengan karenah anak-anak yang baharu nak memasuki sesi persekolahan. Yang baharu nak memasuki Tahun Satu lebih hebat lagi dengan pelbagai gelagat dan aksi. Semuanya menuntut kesabaran yang tinggi daripada kalangan ibu bapa.

Maka, pelbagai ragam dan aksi boleh kita lihat terpancar pada wajah anak-anak kecil ini. Ada yang takut, keliru, lesu, semuanya menjadi rencah yang mewarnai alam persekolahan.

Tentunya saat-saat sebegini aku terkenangkan bapaku yang menghantar aku ke sekolah dengan basikal tuanya. Dengan sabar dan tabahnya menunggu aku separuh hari di sekolah, menjaga dan mencuci pakaianku dengan sedikitpun luahan rasa penat tidak pernah terbit dari bibirnya. Namun bapaku kini sudah tiada.......

Gambar-gambar yang aku rakam ini merupakan taklimat program transisi Tahun Satu yang dijalankan di sebuah sekolah. Jelas kasih sayang ibu bapa tidak terbanding nilainya.....

MUSIM BERTUNANG DAN BERNIKAH


Salam. Lama dah rasanya aku tak update blog ni. Sebenarnya tak ada cerita nak aku sajikan. Lebih-lebih lagi kepenatan dan kekurangan masa senggang yang membuatkan aku tak ada kesempatan nak bela blog ni.

Apapun baru-baru ni aku berkesempatan memenuhi undangan untuk still photo bagi satu majlis pertunangan. Inilah satu-satunya job yang aku terima sepanjang cuti sekolah bulan Disember yang lalu. Selebihnya terpaksa aku tolak memandangkan aku sendiri tidak berada dalam kawasan.

Majlis yang boleh aku katakan sejuk dan hangat. Sejuk sebab hujan turun mencurah-curah sebaik sahaja rombongan lelaki sampai. Hinggakan mak cik-mak cik yang membawa dulang hantaran terpaksa menyinsing kain hingga ke paras paha. Hangat sebab aku terpaksa bertarung dengan ruang yang terhad untuk melengkapkan shoot bagi 15 dulang hantaran berbalas 17.

Untuk adik Syafa dan tunangnya Syah, abang doakan semoga anda berdua kekal bahagia sampai ke akhir hayat.

Thursday, October 22, 2009

Meriahnya Bertunang

Semasa bulan syawal yang lalu, aku ada buat shooting untuk satu majlis pertunangan. Best gak majlis tu sebab dua dalam satu. Pertama majlis bertunang, kedua makan sempena hari raya. Kira kenduri kecil-kecilan la tu....
Seperkara yang cukup menarik perhatian aku ialah pasal hantaran daripada kedua-dua belah pihak. Pihak lelaki membawa 11 dulang manakala pihak perempuan membalas dengan 13 buah dulang.

Aku senyum sorang-sorang membayangkan, ini baharu bertunang dah meriah macam ni. Masa majlis persandingan nanti macam manalah agaknya ye.....
Yang pasti memercik gak peluh aku bila nak abadikan gambar hantaran itu satu persatu.

Monday, August 24, 2009

Masih Aku Terasa




Dalam bulan Ramadhan kali ni aku teringatkan kengkawan aku. kengkawan yang sesama mendapat tajaan JPA ke Jepun tahun 2005 dahulu. Walaupun perkara tu dah lebih 4 tahun berlalu tetapi kenangannya masih terasa sampai kini.


Walau di mana kalian berada dan apapun yang kalian lakukan, aku doakan kalian bergembira dan sentiasa berjaya.


Manalah tahu raya tahun ini ada salah sorang daripada kalian yang tergerak hati nak buat reunion, aku pasti orang pertama yang setuju nak join. Bab makan free ni aku memang suka. kalau kena bayar pun tak pe....


Bukan korang tak ingat time-time kita makan sambil duduk bersila kat luar asrama penginapan kita...

Bulan Ramadhan Menjelma Kembali




Alhamdulillah... Bulan Ramadhan menjelma kembali. Bersyukurlah kita kerana masih dipanjangkan usia untuk kita melaluinya sekali lagi pada tahun ini. Semoga amalan kita diterima oleh yang maha esa.


Kebetulan pula cuti sekolah kali ni bermula betul-betul pada satu Ramadhan. Biasanya time-time cuti sekolah macam ni, aku dan anak buah aku tak menang tangan melayani permintaan ambil gambar majlis perkahwinan. Anak buah aku yang dua orang ni nampaknya jadi hantu pc dan kamera macam Pak Chu nya juga.


Tunggulah, cuti hujung tahun nanti permintaannya macam mana.... Jangan sampai lensa kamera berkulat dah la......

Program vs H1N1
















Dalam kita sibuk membicarakan penularan H1N1 di Malaysia ni, apakah tindakan kita? Apakah dengan hanya berdiam diri di rumah dapat menjamin kita bebas dari diserang wabak yang telah meragut puluhan nyawa di Malaysia setakat ni. Bagaimana pula dengan aktiviti yang telah dirancangkan. Adakah patut kita terus membatalkannya demi memberi laluan kepada wabak ini terus berleluasa...?










Jika kita memilih untuk berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa, maka kitalah yang berada dalam kerugian. Sehubungan dengan itu pihak PPD Kuala Selangor dengan kerjasama MAPAN (Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional) menganjurkan program sehari menangani gejala salah laku murid di sekolah.










Seperti biasa aku terlibat sebagai AJK Dokumentasi. Penat jugalah terpacak menjaga kamera video sepanjang program ni berlangsung. Manakan tidak, pihak penganjur meminta untuk siaran secara langsung sepanjang program ni berjalan. Disebabkan kekurangan krew, aku terpaksa pikul dua kerja dalam satu masa. Jaga kamera video dan dalam masa yang sama curi-curi masa untuk merakamkan aktiviti melalui lensa kamera digital. Di atas adalah antara aksi yang sempat dirakamkan.......